Bismillah...
Saya tertarik dan
mengagumi kisah Suraqah Bin Malik. Beliau merupakan antara orang yang
kuat menentang dakwah Rasul SAW dan hampir membunuh Rasul SAW ketika
perjalanan hijrah baginda ke Madinah.
Ketika pembesar kaum
musyhrikin mekah menawarkan 100 ekor unta betina yang baik dengan
syarat membawa Muhammad SAW samada hidup atau mati di hadapan pembesar
mereka, Suraqah pun pantas menggapai pedang, panah dan kudanya tanpa
diketahui oleh orang lain meluru menuju dimana Rasul SAW berada. Suraqah
juga antara kabilah yang mahir menjejak seseorang di padang pasir
dikenali sebagai penjejak yang hebat.
Kemahiran Suraqah dalam
menjejak akhirnya dia bertemu dengan rombongan baginda Nabi SAW bersama
dengan Abu Bakar dan penunjuk jalannya Abdullah Bin Uraiqith. Suraqah
pun meluru ke arah mereka namun 3 kali percubaannya gagal kerana kaki
kudanya terperosok menyebabkan dia terjatuh daripada kudanya.
Rasulullah
SAW datang ke arahnya lalu memberikan pertolongan kepada Suraqah
menyebabkan dia merasa teruja dengan sifat Nabi SAW ketika itu sedangkan
Nabi SAW tahu kedatangan Suraqah adalah bertujuan untuk menangkapnya
atau membunuhnya.
Melihat situasi itu maka berkata Suraqah " Ya
Muhammad! Aku pasti agama engkau akan menang. Berjanjilah kepadaku, jika
suatu hari nanti aku datang ke kerajaan engkau, maka engkau akan
bermurah hati kepada aku. Tuliskanlah itu untukku" pinta Suraqah.
Rasulullah
SAW mengarahkan Abdullah Bin Uraiqith menulisnya sesuatu mengenainya
di atas sepotong kulit dan diberikan kepada Suraqah lalu Rasulullah SAW
menawarkan sesuatu kepada Suraqah ;
" Bagaimana wahai Suraqah,
jika pada suatu waktu engkau mengenakan mahkota kebesaran Kisra? "
mahkota kebesaran Kisra bin Hurmuz ? kata Suraqah terkejut. " Ya,
pakaian kebesaran Kisra bin Hurmuz!" jawab Rasulullah SAW menyakinkan.
Satu
tawaran yang sukar untuk dipercayai dan menambahkan kebingungan
Suraqah. Kemudian Suraqah kembali dan memberitahu sekumpulan orang yang
sedang mencari Nabi SAW bahawa baginda tidak ditemui di jalan - jalan
yang dilaluinya. Itu kata daripada seorang yang mahir menjejak dan sudah
semestinya mereka mempercayai kata - kata itu.
10 tahun selepas
itu, Suraqah bertemu Rasulullah SAW setelah Madinah di bawah
pemerintahan baginda menyatakan keislamannya di hadapan baginda.
Semenjak itu, Suraqah menjadi pendukung setia gerakan dakwah walaupun
hanya berkesempatan bersama dengan baginda selama 9 bulan.
Suraqah
sentiasa berada di barisan hadapan dalam menyebarkan Islam.
Sehinggalah di zaman pemerintahan Umar bin Khattab kerajaan parsi telah
tewas dan telah ditakluk oleh kerajaan yang dipimpin oleh khalifah
kedua itu.
Longgokan harta rampasan perang terlalu banyak
melimpah ruah, di saat itu juga khalifah Umar menemui mahkota dan
gelang kebesaran Kisra bin Hurmus lalu memanggil Suraqah bin Malik
mengenakan pakaian kebesaran Kisra itu di tubuh Suraqah lengkap dengan
seluar dan kasut. Kemudian Umar menyisipkan pedang dengan tali pinggang
kebesaran Kisra. Mahkota diletakkan di kepala Suraqah dan
memakaikannya gelang kebesaran itu ke dua - dua tangan Suraqah dengan
diiringi laungan takbir.
Suraqah bin Malik terdiam mematung
mengenang kebenaran ucapan Rasulullah SAW belasan tahun yang lalu.
Daripada
kisah Suraqah ini banyak pengajaran yang dapat kita perolehi :
1.
Sifat Rasulullah SAW yang pemaaf, sewajar ia menjadi contoh dan ikutan
untuk kita.
2. Benarnya janji Rasulullah SAW. Khas untuk Suraqah
yang mendapat janji yang baik untuknya daripada Rasulullah SAW. Perlu
diingat Rasulullah SAW sering mengingatkan kita melalui sabdaannya
mengenai peristiwa - peristiwa akhir zaman yang bakal berlaku. Oleh
itu, ingatan untuk kita agar Allah pelihara kita daripada kejahatan dan
bala bencana.
3. Hebatnya strategik Rasulullah SAW. Walau
ditentang hebat namun Rasulullah SAW tetap mencari peluang agar musuh
tunduk kepadanya kerana musuh - musuh yang menentang dakwahnya itu
berbagai - bagai peringkat yang sedia untuk disemai hati mereka dengan
dakwah baginda sesuai dengan fitrah kemanusiaannya.
Selebihnya...
saya serahkan kepada pembaca untuk mengorek 'ibrahnya agar kebaikan
dan manfaat itu diperolehi untuk diri, keluarga dan masyarakat... pakat
- pakat sebarkan..
Waallahua'lam.
Masya Allah. Allahuma Salli Ala Saiyidina Muhammad Wa Ala Alli Saiyidina Muhammad Wabarik Wasalim
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDelete